niera diaries

Life is too short, so kiss slowly, Laugh insanely, Love truly, and Forgive quickly.

Tengok titla macam gempak jer... Hihi.. Cuti2 sekolah nie banyak orang wat kenduri kawin.. Harini 5 Dec 2010, banyak sungguh orang kawin... kat kampung aku jer ada 3 kenduri.. Tapi, aku p satu kenduri jer.. Kalo ikut jemputan 5 kenduri kot.. Aku kuar tadi, aku kira brapa kenduri ada kat area umah aku, kurang2 sepuluh umah kenduri.. Jenuh nak makan kenduri.. Tadi pon, odi call cakap pasal member2 nk kawin and bertunang..
Aku pun bila tengok orang kenduri, aku pun mula terpikir bila aku nak kawin and for sure planning camna nak wat pelamin dan semua laa. Gatai sungguh cheq nie.. haha. Tapi,wat apa nak ikut orang. Sebab member2 kawin, kita pon nak ikut.. Jodoh itu ketentuan ALLAH.. Aku teringat artikel yang aku dapat dari junior aku, ema. Aku nak share ngan korang


Jodoh Itu Ketentuan Tuhan

http://www.iluvislam.com/
dihantar oleh: bintang_hati
Editor: everjihad





Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.



Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Lappy...

Saya dah ada laptop baru!!!! chewee btol.. haha. Awal bulan aritu pak aku sponser laptop untuk aku.. hehe.  Mula2 tu di'offer' laptop second hand.. TAK NAK!!! Bukan nak berlagak tapi mahal kot.. RM1200 laptop acer.. Lagipun, takut nanti cepat rosak.. Laptop kan sensitivity dia lebih... Baik aku beli laptop baru. Aku mula intai2 laptop Dell or Toshiba.. Mula2 aku tengok kt pc shop area sini.. Laptop Toshiba yang aku berkenan more than RM2000.. Tak jadi nak beli..Bila aku tengok ada pc fair a week after aku dok ushar laptop, aku pon decide tunggu pc fair, bley tengok2 dell.. 1st day pc fair, aku survey dulu then 2nd day, baru beli.. Aku pilih DELL.. Ada colour black jer.. Tak pelah, xdapat colour maroon pon.. huhu..  Nie pic laptop baru aku, ambik dari dell website..


Aku tengah dok pikir nak tukar design blog ni..
Tapi malas nak cari design baru... hihi

Sorry dear..

This year sumer birthday bestfriends aku lupe... Mula2 birthday yati 11/4, aku bukak blog zura baru aku igt.. Coz birthday mak zura sama ngan yati.. Then birthday cik sue 29/10, sehari pastu aku call lepas sue bertunang.. nak wish congratz on the engagement day.. Baru aku igt berthday sue!!! And last skali, mama zura semalam 18/11.. yang wat aku ingat sebab bukak facebook zura.. Umi yati cakap kalo aku ingat birthday zura, aku tak adik and pilih kasih.. Ti, cakap hang termakbul, aku lupa... hehe. Aku pon heran napa semua birthday aku lupa.. Next year aku ingat ok...


SORRY BUAT YATI, SUE & ZURA!!!
-kira adil dan saksama aku luper birthday semua orang... hehehe

Assalamualaikum.. hehe

mesti ramai yg t'kejut blog nie ada lagi tuan punya kan?? hihi. sbb aku JELES org lain dok update blog.. hahaha. especially blog zura & ummi yati. walaupun skrng aku dok kat cc and xtau apa yg nk tulis. hehe
sambil2 dok research utk interview sok, aku pon bukak blog..
kawan2, doakan aku dpt wat yg terbaik utk sok ye!!! hehe
semoga segalanya dipermudahkan. AMIN

utk zura, finally aku dpt tau gak hang dapat baby GIRL.. aritu aku dok cal xdpt2.. buzy sungguh ibu ni.
IBU ke MAMA ek?

oklah.. nak sambung research jap pastu nk balik..


Sebelum mummy tu masuk sini, baik ummi masuk dulu..hoho..

Mula-mula nak bersihkan dulu rumah Nira ni..

Ni alat-alat pembersihan yang saya bawa..


Kalau tak kenal alat-alat tu, sila baca senarai alatan kat kanan gambar..

Ok...bila dah lengkap alatan..boleh lah saya mula bersihkan.. Almaklumlah tuan rumah ni bizi..


Sejam kemudian..


Emm...Wanginya rumah Nira....Hee..

p/s : Sebelum Nira tukar psword, nira bagi peluang kita godam puas-puas dulu..Hoho.. Jom Mummy..Thx Nira bagi masuk...Cayang hang..Cepatlah hang ada laptop...Taklah bersawang lagi..

Yati: thanks byk2 ye masuk umah orang xckap...( marah nie!!!) Ambik p/word, bila tny senyap jer.. Rupa2 dok tgh menggodem  umah aku.. Dah la dok test2 p/word aku sblm tu.. Sungguh xmalu kwn aku nie!!! But, thanks jer sbb igtkan aku psl blog aku nie... hehehe

Sebab2 aku xupdate kt blog?
1) Awal2 minggu keja.. Penat!!! Balik terus tidoq.. Memang xlayan la tenet2 nie..
2) B/band kena potong!!! dan baru byr last 2week... Melayang RM250, duit gaji aku yang pertama tu!! Aku terus downgrade b/band.. Sbb aku kn byr sendiri skrng.. Dulu guna jer, xyah nk pkir bab2 bayar nie..
3) Laptop aku motherboard burn (Sedih!!!) utk kedua kalinya.. Aku rs xsmpai sethn aku tukar motherboard, dh rosak blk.. Nak antar acer mcm rugi jer duit aku.. Nak beli laptop baru, guna duit tu!!!... Kalo ada sapa2 yg nk sponser dipersilakan dgn hati terbuka dan rasa terharu... hehehe
4) Aku sendiri lupa aku ada blog.. ish2. (yang nie mmg xpatut)

InsyaALLAH pasni blog nie dah x bersarang dah kot,, Kalo tuan dia dah xmalas...hihi
Zura pon  tak batuk2 dah..
Rina pon dah bley masuk, tak ada effect utk baby..
hehehe

Hai Kawan-kawan

Hai semua...

Hehe..Sebenarnya ni bukan Nira... Tapi Yati..kesian tengok dah bersawang sangat rumah nira ni.. Kesian kat Nira. Zura pun kesian sampai batuk-batuk masuk rumah nira. Rina masuk lagi bahaya. Rina tu mengandung tau. So sebagai seorang sahabat yang prihatin n surirumah yang cemerlang, terbilang dan berbilang-bilang sampai tak terbilang-bilang, rasa terpanggil nak tolong bersihkan..

Fuuuuuuuuhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!! (tiup habuk2)

Ok..bereh..dah bersih..tak yah sapu pun dah bersih.. Senang je nak bersihkan. So kalau korang nak bersihkan rumah ikutlah cara I ni ye..hoho..

Nak balik rumah I pula. Suami I dah panggil tu..Jangan marah tuan rumah..heheheeee...

..:.. UMMU FATHI ..:..

~ Medan Lepak ~


ShoutMix chat widget

~ My Music ~

~ About Me ~

My photo
A simple gurl that love novels.. Jobless and still looking for a suitable job.. If u wanna make friend with me, just add me through ym..

Labels

About this blog

~ Followers ~