niera diaries

Life is too short, so kiss slowly, Laugh insanely, Love truly, and Forgive quickly.

Nora Elena























Salam kawan-kawan..


      Hari ini episod terakhir cerita NORA ELENA. Rasanya xpayah nak cakap pukul berapa cerita ni dan hari apa.. Semua orang dah tahu.. Huhu. Banyak follower Nora Elena. Kadang2 aku pon heran kenapa banyak sangat pengikut cerita ni. Sebab jalan ceritakah? Pelakonkah?


      Aku tengok jugak citer ni. Tapi bukan pengikut setia la. Aku suka sebab ada Aaron Aziz dalam cerita ni.. hehe. Ada jugak episod aku miss kalau aku balik lambat. Cerita adaptasi dari novel ni, aku suka compare jalan cerita sama ke tak. Berapa persen sama dengan novel. Bagi Nora Elena aku bagi 70%.


      Pernah aku pegi POPULAR, novel KASIH YANG SUCI diletak sebaris dengan novel2 baru.. Padahal selalunya novel lama letaknya di rak belakang.. Novel koleksi aku pon larisss..Mula2 kak tie & kawan2nya, lepas tu opismate aku.. Sekarang pon ada orang pinjam.. Itulah penangan cerita NORA ELENA!!!
      Sometimes, aku GERAM jugak dengan citer nie.. SEBABNYA


Pernah aku call kak tie, ajak pi Wonderful Curtain nak tempah langsir baru. Kak tie cakap:
" Aku nk tgk nora elena, nanti la kita pi" Padahal sblm ni dia yg sibok2 nk tempah langsir baru..


Pait (lelaki) sepupu aku pulak. Masa tu kat gerai mak lang. Aku nk sembang2 ngan dia sambil makan tak bagi la dia balik awal tapi:
"Aku nak balik tengok nora elena. Dah lambat ni. Nanti hang mai la rumah aku."


Yati ada hantar sms kat aku semalam. Bunyinya:
Nira, esok nora elena last.tgk jgn xtgk.huhu.


Aku suka cerita ni diadaptasi dari antara novel favourite aku.. 


FENOMENA NORA ELENA!!!!!!!!!!!!

Birthday..

Birthday aku tahun ni dapat JAM BARU... sebagai ganti jam bonia aku yang hilang dulu..suka2!!!.. Aku yang mintak jam ni sebagai birthday present sebenarnya. hehe


Kek dibawah ni Kak Tie and anak2 buah aku yang beli. THANK YOU.. Bab2 tiup lilin, anak-anak buah aku excited+terror.. haha. Hakim, Ijat and Dhafir beratur depan kek then diaorang nyanyi lagu selamat hari jadi ak'a.. So cute masa ni tengok diaorang.. Part tiup lilin, budak kecik dhafir la yang paling semangat..


Aku kena mandi tepung+telur lepas aku balik dari beli present. Kesian jam baru aku pun kena tepung.. huhu. Selamat telur tak pecah.. Tak dapat bayang telur pecah kat muka..

Cuti panjang labour day aku, kema odi and k.is wat rombongan melawat amani yang cute.. Amani dah 3 bulan tapi auntie yang dekat pun baru nak melawat. hehe.

Aku dapat tau odi and kema nak datang dari facebook wawa. Diaorang tak dapat nak wat surprise. huhu. Amani sangant la baik masa tu. Sikit xnangis bila pegang. Cuma dia heran kot ramai xpenah tengok auntie2 yg datang. Amani sangat cutee!!! Geram tengok.. 

Jom tengok pic2 with amani..
(khas wat ummi yati sbb tak ada fb.. nk bg jeles.. haha)







Ku Menunggu

KU MENUNGGU 


Orang kat opis aku dah naik jemu dengaq lagu ni..
"Kak xdak lagu lain ka? xlarat nk dengaq dah lagu ni" kata budak opis.
"Haa, kak dah bukak dah lagu dia" hehe
Ni antara dialog yang budak2 opis cakap kt aku...
Korang faham la aku, kalau dah dah addict ngan lagu tu, aku main lagu tu je..

Layannnnnnnnn...........

Terima Kasih YATI...


Dua hari lepas aku tukar templete blog, zura and yati cakap xboleh komen..
Aku pon try komen diri sendiri, mula2 boleh. Tapi aku rasa masa tu aku sign in.. hehe
Lepas pada tu memang xboleh.. Lepas post komen, verification xlepas. mcm hang je..

Semalam aku try mcm2.. upload balik templete pon xboleh. Aku pikir nk tukar templete lain.
Tapi sayang, cantik templete ni. kan yati kan??

Hari ni, yati propose check balik setting comment, compare dengan setting blog yati.. DAN

BLOG SAYA DAN BOLEH KOMEN !!!



Zura & Yati: Aku dah tukar blog.. hehe
Semalm xsempat nak upload.
Adik aku menyibuk nak pakai..
Nanti nak letak lagu baru..

Hari ni aku dapat call dari  kilang kt bangi nak panggil interview this friday.
Company ATIS Berhad as a product engineer.
Aku mintak utk call balik for interview confirmation esok.
Aku pon x ingat bila aku mintak. Nak search dulu company tu wat apa.
Hati rasa nk pi sebab dekat bangi..
Aku suka dok bangi. Selesa dgn environment.
Mayb sebab dekat 8tahun dok sana.

Aku call pak aku ckp and the result is jangan pergi.
Aku rasa payah dah pas ni aku nak keja kt area sana.
Hangpa faham la pak aku kan...
Aku x kisah sebab aku selesa kat company sekarang..

     Since 8hb April, boleh dikatakan tiap2 hari aku bergayut dengan ummi yati.. hehe. Free kan, kena la gunakan sepenuhnya, kan yati kan...
     Dan mula la cerita pasal blog.. Mesti yang lain terkejut sebab tuan rumah ni update blog.. haha. Aku yang mulakan, tup2 aku yang xde apa2 post kt rumah nie. Aku berazam untuk aktifkan baliik blog ni. Rasa2 before this pon dan berazam.. huhu.
     Now, aku tengah mencari wajah baru untuk blog nie. Moga2 dengan wajah baru, saya pon akan selalu jenguk2 rumah nie... hehe

5 Januari 2011..

Aku turun bangi untuk interview kat denso.. Moga2 rezeki aku kali ni murah... Tapi,  aku ni ada darah gemuruh kalo pegi interview.. Camna nak hilangkannya???  Saya dah penat keluar masuk interview tapi mengecewakan. Cuma dpt sabar dan jangan putus asa yang aku tanamkan buat masa sekarang..

Now, aku nak luahkan rasa kecewaku.. huhu.. Plan nak pegi tengok mama Rina and baby hafiz tp xkesampaian.. Aku dalam bas skrng.. Sori rina xde rezeki nak jumpa.. Cuma, kirimkan sikit buah tangan buat baby hafiz. Agak ralat jugak la xdapat  tgk baby. Dari kedah lagi dah plan nak tgk baby..

Baby Hafiz, lain kali aunt nira datang KL aunt datang tengok baby!!!

Tengok titla macam gempak jer... Hihi.. Cuti2 sekolah nie banyak orang wat kenduri kawin.. Harini 5 Dec 2010, banyak sungguh orang kawin... kat kampung aku jer ada 3 kenduri.. Tapi, aku p satu kenduri jer.. Kalo ikut jemputan 5 kenduri kot.. Aku kuar tadi, aku kira brapa kenduri ada kat area umah aku, kurang2 sepuluh umah kenduri.. Jenuh nak makan kenduri.. Tadi pon, odi call cakap pasal member2 nk kawin and bertunang..
Aku pun bila tengok orang kenduri, aku pun mula terpikir bila aku nak kawin and for sure planning camna nak wat pelamin dan semua laa. Gatai sungguh cheq nie.. haha. Tapi,wat apa nak ikut orang. Sebab member2 kawin, kita pon nak ikut.. Jodoh itu ketentuan ALLAH.. Aku teringat artikel yang aku dapat dari junior aku, ema. Aku nak share ngan korang


Jodoh Itu Ketentuan Tuhan

http://www.iluvislam.com/
dihantar oleh: bintang_hati
Editor: everjihad





Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.



Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Lappy...

Saya dah ada laptop baru!!!! chewee btol.. haha. Awal bulan aritu pak aku sponser laptop untuk aku.. hehe.  Mula2 tu di'offer' laptop second hand.. TAK NAK!!! Bukan nak berlagak tapi mahal kot.. RM1200 laptop acer.. Lagipun, takut nanti cepat rosak.. Laptop kan sensitivity dia lebih... Baik aku beli laptop baru. Aku mula intai2 laptop Dell or Toshiba.. Mula2 aku tengok kt pc shop area sini.. Laptop Toshiba yang aku berkenan more than RM2000.. Tak jadi nak beli..Bila aku tengok ada pc fair a week after aku dok ushar laptop, aku pon decide tunggu pc fair, bley tengok2 dell.. 1st day pc fair, aku survey dulu then 2nd day, baru beli.. Aku pilih DELL.. Ada colour black jer.. Tak pelah, xdapat colour maroon pon.. huhu..  Nie pic laptop baru aku, ambik dari dell website..


Aku tengah dok pikir nak tukar design blog ni..
Tapi malas nak cari design baru... hihi

Sorry dear..

This year sumer birthday bestfriends aku lupe... Mula2 birthday yati 11/4, aku bukak blog zura baru aku igt.. Coz birthday mak zura sama ngan yati.. Then birthday cik sue 29/10, sehari pastu aku call lepas sue bertunang.. nak wish congratz on the engagement day.. Baru aku igt berthday sue!!! And last skali, mama zura semalam 18/11.. yang wat aku ingat sebab bukak facebook zura.. Umi yati cakap kalo aku ingat birthday zura, aku tak adik and pilih kasih.. Ti, cakap hang termakbul, aku lupa... hehe. Aku pon heran napa semua birthday aku lupa.. Next year aku ingat ok...


SORRY BUAT YATI, SUE & ZURA!!!
-kira adil dan saksama aku luper birthday semua orang... hehehe

Assalamualaikum.. hehe

mesti ramai yg t'kejut blog nie ada lagi tuan punya kan?? hihi. sbb aku JELES org lain dok update blog.. hahaha. especially blog zura & ummi yati. walaupun skrng aku dok kat cc and xtau apa yg nk tulis. hehe
sambil2 dok research utk interview sok, aku pon bukak blog..
kawan2, doakan aku dpt wat yg terbaik utk sok ye!!! hehe
semoga segalanya dipermudahkan. AMIN

utk zura, finally aku dpt tau gak hang dapat baby GIRL.. aritu aku dok cal xdpt2.. buzy sungguh ibu ni.
IBU ke MAMA ek?

oklah.. nak sambung research jap pastu nk balik..


Sebelum mummy tu masuk sini, baik ummi masuk dulu..hoho..

Mula-mula nak bersihkan dulu rumah Nira ni..

Ni alat-alat pembersihan yang saya bawa..


Kalau tak kenal alat-alat tu, sila baca senarai alatan kat kanan gambar..

Ok...bila dah lengkap alatan..boleh lah saya mula bersihkan.. Almaklumlah tuan rumah ni bizi..


Sejam kemudian..


Emm...Wanginya rumah Nira....Hee..

p/s : Sebelum Nira tukar psword, nira bagi peluang kita godam puas-puas dulu..Hoho.. Jom Mummy..Thx Nira bagi masuk...Cayang hang..Cepatlah hang ada laptop...Taklah bersawang lagi..

Yati: thanks byk2 ye masuk umah orang xckap...( marah nie!!!) Ambik p/word, bila tny senyap jer.. Rupa2 dok tgh menggodem  umah aku.. Dah la dok test2 p/word aku sblm tu.. Sungguh xmalu kwn aku nie!!! But, thanks jer sbb igtkan aku psl blog aku nie... hehehe

Sebab2 aku xupdate kt blog?
1) Awal2 minggu keja.. Penat!!! Balik terus tidoq.. Memang xlayan la tenet2 nie..
2) B/band kena potong!!! dan baru byr last 2week... Melayang RM250, duit gaji aku yang pertama tu!! Aku terus downgrade b/band.. Sbb aku kn byr sendiri skrng.. Dulu guna jer, xyah nk pkir bab2 bayar nie..
3) Laptop aku motherboard burn (Sedih!!!) utk kedua kalinya.. Aku rs xsmpai sethn aku tukar motherboard, dh rosak blk.. Nak antar acer mcm rugi jer duit aku.. Nak beli laptop baru, guna duit tu!!!... Kalo ada sapa2 yg nk sponser dipersilakan dgn hati terbuka dan rasa terharu... hehehe
4) Aku sendiri lupa aku ada blog.. ish2. (yang nie mmg xpatut)

InsyaALLAH pasni blog nie dah x bersarang dah kot,, Kalo tuan dia dah xmalas...hihi
Zura pon  tak batuk2 dah..
Rina pon dah bley masuk, tak ada effect utk baby..
hehehe

Hai Kawan-kawan

Hai semua...

Hehe..Sebenarnya ni bukan Nira... Tapi Yati..kesian tengok dah bersawang sangat rumah nira ni.. Kesian kat Nira. Zura pun kesian sampai batuk-batuk masuk rumah nira. Rina masuk lagi bahaya. Rina tu mengandung tau. So sebagai seorang sahabat yang prihatin n surirumah yang cemerlang, terbilang dan berbilang-bilang sampai tak terbilang-bilang, rasa terpanggil nak tolong bersihkan..

Fuuuuuuuuhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!! (tiup habuk2)

Ok..bereh..dah bersih..tak yah sapu pun dah bersih.. Senang je nak bersihkan. So kalau korang nak bersihkan rumah ikutlah cara I ni ye..hoho..

Nak balik rumah I pula. Suami I dah panggil tu..Jangan marah tuan rumah..heheheeee...

..:.. UMMU FATHI ..:..

Aku nk citer apa jd kt aku within 2 weeks nie..
Mayb ada yg taw dr aku sendiri or mayb yg tau dr org lain..
Sori kalo ada yg kecik hati (zura)..

15/4: Aku dpt cal utk interview kt kl..
18/4: Aku naik bas kol 4ptg and smpai kol 9mlm. Aku tumpang umh odi n wawa.. thanks to diaorg.
19/4: 9am aku naik train ke kl untuk ambk keta kt adik aku.. Nk dijadikn citer aku sesat kt kl.. Masa nie aku mcm nk nangis jer. 15min be4 interview aku kt dlm kl lg. Interview kt TTDI. Aku Dlm keta aku berdoa n zikir byk2 moga dipermudahkn.. Alhamdulillah aku jumpa jln walaupun smpai lewat 5min.. Pas abis interview aku terus blk kedah.. Tak sempat nk borak2 ngan odi n wawa.

21/4: Malang menimpa.. Aku jatuh tangga kt umah sbb licin.. even dlm 5 or 6 anak tangga tapi effectnya dasyat .. Aku xbley bangun langsung.. Terbaring aku kt dapur.. Kalo aku bangun rs nk pitam+pengsan.. Aku suruh hakim panggil kak kila and sbb aku teruk sgt pak pon balik n decide g klinik. abg chik usung aku g klinik.. Aku muntah2 sbb kn angkat n doc suruh refer hospital sbb nk x-ray..
Tak penah aku masuk hospital.. Aduhh!!! On d way tu, abg chik dah bwk keta mcm pelumba F1 sbb mata aku dh nk pejam.. Dia xbg aku tidoq.. Smpai emergency Hospital Pantai, aku kn masuk air n cucuk ubat tahan muntah.. At the same time, nurse dh sibok2 tny aku insurans apa. Sbb aku xder insurans, sibuk nk deposit... tak nyempat2 btol. tunggu pak aku smpai.. Then, masuk x-ray department wat brain scan.. Alhamdulillah, result dia aku xde apa2.. Sbb aku penin, aku kn admit.. Sakit jiwa aku kn dok hospital.. Tersgt boring..

22/4: aku dh xsabaq tunggu doc sbb aku nk blk.. hehe Doc dtg aku dh senyum2.. Doc tu tgk aku pon dia tau aku nk blk.. Horayyy!!! dpt blk.. Bil hospital smpai rm1300 tp ubat yg aku dpt panadol jer.. Balik rumah, sume org dh gelak2 kt aku, jatuh tangga smpai masuk ward..

24/4: Sibuk wat birthday party hakim.. walaupon birthday hakim 28/4, sbb aku dh nk stat keja wat la awal.. Pagi2 sibuk suruh aku p ambik basikal hadiah tok wan dia bagi.. Bestday hakim tp aizat ngan dhafir pon dpt basikal.. Nant berebut wan dia ckp. Memang it's happened.. Mlm tu jugak, aku gerak p kl pas abis kemas2.. Mmg PENAT.. Aku xprepare apa pon. angkut kain baju jer..

26/4: Aku report duty kt vads.. Training 2bln.. Tiap2 pg kol 7am aku dh kuar nk elak jammed+sesak dlm train.. Malam, mest aku tidoq awal punya.. Dh semingu training, best kt sini.. Trainer+trainee yg lain sporting.. Esok aku start training kt menara tm pulak, tingkt 40 tu.. Aku dh tny en goggle kt mn menara tm.. hihihi

Kekadang aku mcm xcaya aku dh semingu stat keja pas apa yg dh jadi kt aku..

p/s: rindu hakim+aizat+dhafir... flying kiss wat diaorng.. hehee

1) Nak maaf sgt2 kt YATI sebab aku lupa MY BESTFRIEND'S birthday..8/4..
2) Thanks to Zura sbb post dia kt blog makes me remember...
Ti, HAPPY BELATED BIRTHDAY...
So sad sebab aku orang last wish..
  • Semoga hang sentiasa dilimpahi kebahagiaan dan kasih sayang bersama ahmad fathi dan luqman..
  • Selamat menjadi umi, isteri dan anak yang solehah.. dan
  • Selamat menjalani kehidupan di rumah baru wif new environment..

May ALLAH bless you always..

Emak.. Ibu.. Mama.. Umi.. Mommy..
Semuanya memberi maksud yang sama..
Panggillah apa saja..
Panggilan yang diberikan untuk seorang insan mulia..
Yang melahirkan, membesarkan seorang anak..

Hari ini genap 2 tahun 3 bulan 17 hari..
Pemergian mak ke rahmatullah, pergi yang tak akan kembali..
Pemergian yang membuatkan aku rasa kehilangan terbesar dalam hidup aku..
Tempat aku bercerita tentang hidup, cita-cita dan masalah aku..
HILANG..


Aku tidak bersedia untuk semua itu..
Tapi, apakan daya..

Ajal maut itu telah ditentukan olehNYA.
Kita seorang hamba tidak mampu melawannya..
Aku harus pasrah, redha dengan semua itu..

Tiada lagi teman bercerita, mengadu ataupun teman bershopping,
Setiap kenangan dulu sentiasa menemani aku..
Dulu…
aku tidak cemburu melihat ibu orang lain..
Aku pun mempunyai seorang ibu..
Sekarang…
Aku sangat-sangat cemburu melihat orang lain mempunyai ibu..
Bahagianya mereka..

AKU???

p/s: ditulis waktu terkenang arwah mak.. Semoga rohnya dicucuri rahmat. AMIN

dah lama blog nie sunyi jer...
i'm not in the right mood..
nk update blog ke, facebook ke..
terlalu byk dugaan yg harus ditempuhi..
semoga ALLAH mempermudahkan segalanya..

biarlah dulu blog ni SEPI dulu..

Selamat Pengantin Baru

Zura & Anuar

13 March 2010

Ya Allah Ya Rahim

Satukanlah hati kedua mempelai ini

seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa,

Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah

Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan

di dunia dan akhirat

~ Medan Lepak ~


ShoutMix chat widget

~ My Music ~

~ About Me ~

My photo
A simple gurl that love novels.. Jobless and still looking for a suitable job.. If u wanna make friend with me, just add me through ym..

Labels

About this blog

~ Followers ~