niera diaries

Life is too short, so kiss slowly, Laugh insanely, Love truly, and Forgive quickly.

Tengok titla macam gempak jer... Hihi.. Cuti2 sekolah nie banyak orang wat kenduri kawin.. Harini 5 Dec 2010, banyak sungguh orang kawin... kat kampung aku jer ada 3 kenduri.. Tapi, aku p satu kenduri jer.. Kalo ikut jemputan 5 kenduri kot.. Aku kuar tadi, aku kira brapa kenduri ada kat area umah aku, kurang2 sepuluh umah kenduri.. Jenuh nak makan kenduri.. Tadi pon, odi call cakap pasal member2 nk kawin and bertunang..
Aku pun bila tengok orang kenduri, aku pun mula terpikir bila aku nak kawin and for sure planning camna nak wat pelamin dan semua laa. Gatai sungguh cheq nie.. haha. Tapi,wat apa nak ikut orang. Sebab member2 kawin, kita pon nak ikut.. Jodoh itu ketentuan ALLAH.. Aku teringat artikel yang aku dapat dari junior aku, ema. Aku nak share ngan korang


Jodoh Itu Ketentuan Tuhan

http://www.iluvislam.com/
dihantar oleh: bintang_hati
Editor: everjihad





Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.



Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Lappy...

Saya dah ada laptop baru!!!! chewee btol.. haha. Awal bulan aritu pak aku sponser laptop untuk aku.. hehe.  Mula2 tu di'offer' laptop second hand.. TAK NAK!!! Bukan nak berlagak tapi mahal kot.. RM1200 laptop acer.. Lagipun, takut nanti cepat rosak.. Laptop kan sensitivity dia lebih... Baik aku beli laptop baru. Aku mula intai2 laptop Dell or Toshiba.. Mula2 aku tengok kt pc shop area sini.. Laptop Toshiba yang aku berkenan more than RM2000.. Tak jadi nak beli..Bila aku tengok ada pc fair a week after aku dok ushar laptop, aku pon decide tunggu pc fair, bley tengok2 dell.. 1st day pc fair, aku survey dulu then 2nd day, baru beli.. Aku pilih DELL.. Ada colour black jer.. Tak pelah, xdapat colour maroon pon.. huhu..  Nie pic laptop baru aku, ambik dari dell website..


Aku tengah dok pikir nak tukar design blog ni..
Tapi malas nak cari design baru... hihi

Sorry dear..

This year sumer birthday bestfriends aku lupe... Mula2 birthday yati 11/4, aku bukak blog zura baru aku igt.. Coz birthday mak zura sama ngan yati.. Then birthday cik sue 29/10, sehari pastu aku call lepas sue bertunang.. nak wish congratz on the engagement day.. Baru aku igt berthday sue!!! And last skali, mama zura semalam 18/11.. yang wat aku ingat sebab bukak facebook zura.. Umi yati cakap kalo aku ingat birthday zura, aku tak adik and pilih kasih.. Ti, cakap hang termakbul, aku lupa... hehe. Aku pon heran napa semua birthday aku lupa.. Next year aku ingat ok...


SORRY BUAT YATI, SUE & ZURA!!!
-kira adil dan saksama aku luper birthday semua orang... hehehe

Assalamualaikum.. hehe

mesti ramai yg t'kejut blog nie ada lagi tuan punya kan?? hihi. sbb aku JELES org lain dok update blog.. hahaha. especially blog zura & ummi yati. walaupun skrng aku dok kat cc and xtau apa yg nk tulis. hehe
sambil2 dok research utk interview sok, aku pon bukak blog..
kawan2, doakan aku dpt wat yg terbaik utk sok ye!!! hehe
semoga segalanya dipermudahkan. AMIN

utk zura, finally aku dpt tau gak hang dapat baby GIRL.. aritu aku dok cal xdpt2.. buzy sungguh ibu ni.
IBU ke MAMA ek?

oklah.. nak sambung research jap pastu nk balik..


Sebelum mummy tu masuk sini, baik ummi masuk dulu..hoho..

Mula-mula nak bersihkan dulu rumah Nira ni..

Ni alat-alat pembersihan yang saya bawa..


Kalau tak kenal alat-alat tu, sila baca senarai alatan kat kanan gambar..

Ok...bila dah lengkap alatan..boleh lah saya mula bersihkan.. Almaklumlah tuan rumah ni bizi..


Sejam kemudian..


Emm...Wanginya rumah Nira....Hee..

p/s : Sebelum Nira tukar psword, nira bagi peluang kita godam puas-puas dulu..Hoho.. Jom Mummy..Thx Nira bagi masuk...Cayang hang..Cepatlah hang ada laptop...Taklah bersawang lagi..

Yati: thanks byk2 ye masuk umah orang xckap...( marah nie!!!) Ambik p/word, bila tny senyap jer.. Rupa2 dok tgh menggodem  umah aku.. Dah la dok test2 p/word aku sblm tu.. Sungguh xmalu kwn aku nie!!! But, thanks jer sbb igtkan aku psl blog aku nie... hehehe

Sebab2 aku xupdate kt blog?
1) Awal2 minggu keja.. Penat!!! Balik terus tidoq.. Memang xlayan la tenet2 nie..
2) B/band kena potong!!! dan baru byr last 2week... Melayang RM250, duit gaji aku yang pertama tu!! Aku terus downgrade b/band.. Sbb aku kn byr sendiri skrng.. Dulu guna jer, xyah nk pkir bab2 bayar nie..
3) Laptop aku motherboard burn (Sedih!!!) utk kedua kalinya.. Aku rs xsmpai sethn aku tukar motherboard, dh rosak blk.. Nak antar acer mcm rugi jer duit aku.. Nak beli laptop baru, guna duit tu!!!... Kalo ada sapa2 yg nk sponser dipersilakan dgn hati terbuka dan rasa terharu... hehehe
4) Aku sendiri lupa aku ada blog.. ish2. (yang nie mmg xpatut)

InsyaALLAH pasni blog nie dah x bersarang dah kot,, Kalo tuan dia dah xmalas...hihi
Zura pon  tak batuk2 dah..
Rina pon dah bley masuk, tak ada effect utk baby..
hehehe

Hai Kawan-kawan

Hai semua...

Hehe..Sebenarnya ni bukan Nira... Tapi Yati..kesian tengok dah bersawang sangat rumah nira ni.. Kesian kat Nira. Zura pun kesian sampai batuk-batuk masuk rumah nira. Rina masuk lagi bahaya. Rina tu mengandung tau. So sebagai seorang sahabat yang prihatin n surirumah yang cemerlang, terbilang dan berbilang-bilang sampai tak terbilang-bilang, rasa terpanggil nak tolong bersihkan..

Fuuuuuuuuhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!! (tiup habuk2)

Ok..bereh..dah bersih..tak yah sapu pun dah bersih.. Senang je nak bersihkan. So kalau korang nak bersihkan rumah ikutlah cara I ni ye..hoho..

Nak balik rumah I pula. Suami I dah panggil tu..Jangan marah tuan rumah..heheheeee...

..:.. UMMU FATHI ..:..

Aku nk citer apa jd kt aku within 2 weeks nie..
Mayb ada yg taw dr aku sendiri or mayb yg tau dr org lain..
Sori kalo ada yg kecik hati (zura)..

15/4: Aku dpt cal utk interview kt kl..
18/4: Aku naik bas kol 4ptg and smpai kol 9mlm. Aku tumpang umh odi n wawa.. thanks to diaorg.
19/4: 9am aku naik train ke kl untuk ambk keta kt adik aku.. Nk dijadikn citer aku sesat kt kl.. Masa nie aku mcm nk nangis jer. 15min be4 interview aku kt dlm kl lg. Interview kt TTDI. Aku Dlm keta aku berdoa n zikir byk2 moga dipermudahkn.. Alhamdulillah aku jumpa jln walaupun smpai lewat 5min.. Pas abis interview aku terus blk kedah.. Tak sempat nk borak2 ngan odi n wawa.

21/4: Malang menimpa.. Aku jatuh tangga kt umah sbb licin.. even dlm 5 or 6 anak tangga tapi effectnya dasyat .. Aku xbley bangun langsung.. Terbaring aku kt dapur.. Kalo aku bangun rs nk pitam+pengsan.. Aku suruh hakim panggil kak kila and sbb aku teruk sgt pak pon balik n decide g klinik. abg chik usung aku g klinik.. Aku muntah2 sbb kn angkat n doc suruh refer hospital sbb nk x-ray..
Tak penah aku masuk hospital.. Aduhh!!! On d way tu, abg chik dah bwk keta mcm pelumba F1 sbb mata aku dh nk pejam.. Dia xbg aku tidoq.. Smpai emergency Hospital Pantai, aku kn masuk air n cucuk ubat tahan muntah.. At the same time, nurse dh sibok2 tny aku insurans apa. Sbb aku xder insurans, sibuk nk deposit... tak nyempat2 btol. tunggu pak aku smpai.. Then, masuk x-ray department wat brain scan.. Alhamdulillah, result dia aku xde apa2.. Sbb aku penin, aku kn admit.. Sakit jiwa aku kn dok hospital.. Tersgt boring..

22/4: aku dh xsabaq tunggu doc sbb aku nk blk.. hehe Doc dtg aku dh senyum2.. Doc tu tgk aku pon dia tau aku nk blk.. Horayyy!!! dpt blk.. Bil hospital smpai rm1300 tp ubat yg aku dpt panadol jer.. Balik rumah, sume org dh gelak2 kt aku, jatuh tangga smpai masuk ward..

24/4: Sibuk wat birthday party hakim.. walaupon birthday hakim 28/4, sbb aku dh nk stat keja wat la awal.. Pagi2 sibuk suruh aku p ambik basikal hadiah tok wan dia bagi.. Bestday hakim tp aizat ngan dhafir pon dpt basikal.. Nant berebut wan dia ckp. Memang it's happened.. Mlm tu jugak, aku gerak p kl pas abis kemas2.. Mmg PENAT.. Aku xprepare apa pon. angkut kain baju jer..

26/4: Aku report duty kt vads.. Training 2bln.. Tiap2 pg kol 7am aku dh kuar nk elak jammed+sesak dlm train.. Malam, mest aku tidoq awal punya.. Dh semingu training, best kt sini.. Trainer+trainee yg lain sporting.. Esok aku start training kt menara tm pulak, tingkt 40 tu.. Aku dh tny en goggle kt mn menara tm.. hihihi

Kekadang aku mcm xcaya aku dh semingu stat keja pas apa yg dh jadi kt aku..

p/s: rindu hakim+aizat+dhafir... flying kiss wat diaorng.. hehee

1) Nak maaf sgt2 kt YATI sebab aku lupa MY BESTFRIEND'S birthday..8/4..
2) Thanks to Zura sbb post dia kt blog makes me remember...
Ti, HAPPY BELATED BIRTHDAY...
So sad sebab aku orang last wish..
  • Semoga hang sentiasa dilimpahi kebahagiaan dan kasih sayang bersama ahmad fathi dan luqman..
  • Selamat menjadi umi, isteri dan anak yang solehah.. dan
  • Selamat menjalani kehidupan di rumah baru wif new environment..

May ALLAH bless you always..

Emak.. Ibu.. Mama.. Umi.. Mommy..
Semuanya memberi maksud yang sama..
Panggillah apa saja..
Panggilan yang diberikan untuk seorang insan mulia..
Yang melahirkan, membesarkan seorang anak..

Hari ini genap 2 tahun 3 bulan 17 hari..
Pemergian mak ke rahmatullah, pergi yang tak akan kembali..
Pemergian yang membuatkan aku rasa kehilangan terbesar dalam hidup aku..
Tempat aku bercerita tentang hidup, cita-cita dan masalah aku..
HILANG..


Aku tidak bersedia untuk semua itu..
Tapi, apakan daya..

Ajal maut itu telah ditentukan olehNYA.
Kita seorang hamba tidak mampu melawannya..
Aku harus pasrah, redha dengan semua itu..

Tiada lagi teman bercerita, mengadu ataupun teman bershopping,
Setiap kenangan dulu sentiasa menemani aku..
Dulu…
aku tidak cemburu melihat ibu orang lain..
Aku pun mempunyai seorang ibu..
Sekarang…
Aku sangat-sangat cemburu melihat orang lain mempunyai ibu..
Bahagianya mereka..

AKU???

p/s: ditulis waktu terkenang arwah mak.. Semoga rohnya dicucuri rahmat. AMIN

dah lama blog nie sunyi jer...
i'm not in the right mood..
nk update blog ke, facebook ke..
terlalu byk dugaan yg harus ditempuhi..
semoga ALLAH mempermudahkan segalanya..

biarlah dulu blog ni SEPI dulu..

Selamat Pengantin Baru

Zura & Anuar

13 March 2010

Ya Allah Ya Rahim

Satukanlah hati kedua mempelai ini

seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa,

Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah

Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan

di dunia dan akhirat

Cherita Lawak

This is kak kila story yer.. not me!!!

Citer ni jadi baru jer kak kila cerita tadi..
Dalam kol 10pm td, kak kila p beli char kew teaw (xtau spelling nie btol x)
Oleh sebab port nie tempat lepak kitaorng..
Owner nie kenal la kak kila..
So, pas order kak kila masuk ketaa... :)

Disebabkan kak kila baru vacuum keta so, dia tinggal la kasut kt luar keta..
Kononnya tak nak debu2 dan kotoran sewaktu dengannya masuk dalam keta..
Dengan niat pas bayar nanti baru bawak masuk.. haha
Sambil tunggu order sambil layan hotfm big jammed kt radio+nyanyi2 skali..
Cuba korang imagine that situation.. hehe
Bila order dah siap, orang tu hantar kat keta.. and kak kila pon bayar dari dalam keta.
So, you guys dpt teka x apa jadi???hehhe

Jeng.. jeng.. jeng..
Dan akhirnya, kasut tu selamatlah kat tepi jalan.. dan disedari bila dah sampai umah.. hahah

Itulah citer2 stupid things, klo difikir2kan tak patut jadi dan selalunya jadi kt aku bila kt kampung.. hehe (hanya org2 dekat yg tau apa stupid things yg aku dh wat, especially sue n yati)..

1st of all, aku nak say sorry to yati lambat upload gambaq dinner malam tu.._^_
Aku bz laa.. hihi

Back to the story..:) Finally, aku dpt jugak jumpa ahmad fathi, baby yati..
First time tgk yati as a ummi.. cam xcaya je..
Yelah, yati yg masa mula2 aku kenal dulu, yang perangai gila2 dh jadi ummi..

Dinner kt upten mlm tu, mkn nasi arab. ok jugak tp mcm sue ckp xpedas langsung..
Kalo, pedas skit mesti best.
Fathi mlm tu mood xbrapa ok sbb dia ngantuk sgt smpai tertido dia..
Tapi, demi makcik dia yg sorang ni dipaksa jugak... Cian fathi..
Fathi tetap cool jer dok kt abah dia.. suka tgk!!!

Harap2 nant dpt wat gathering member2 wif their family..(skrng xleh lg sbb ada yg xkawin lg).
Mesti best!!!

ahmad fathi


sue + yati + fathi + me

me wif ummi fathi

fathi posing apa tu??

Gambaq xbrapa clear sbb guna hp aku yg screen dia rosakk.. Bila masuk pc baru bley tgk gambar tu camna... thinking of new hp. (tapi duit xdak.. ada sapa2 nk sponser?)hihi

Semalam dpt jumpa yati n her small family... Besttt!!! Setelah byk kali xjadi nk jumpa...
Will upload the pics after back to kedah today...

May Allah Bless us...

Where are you???

Aku baru perasan buku engine aku hilang dlm simpanan.. huhuhu..
Dua buah plak tu.. sayangnya!!!!
Aku rasa ada org pinjam tp xigt..
3thn pas aku ambik subject circuit..

Buku tu masa aku study cct masa diploma and degree..
Aku sayang buku ni sbb aku slalu refer klo xfaham basic electric..
WARGHH!!! mana nk dpt balik buku nie...

Picture buku aku yg hilang..


Fundamentals of Electric Circuits (4th Edition), Charles K. Alexander & Matthew N.O.
Sadiku, McGraw-Hill


Introductory Circuit Analysis (10th Edition) by Robert L.Boylestad

Klo ada sapa2 yg pinjam buku aku nie..mintak tolong pulangkan..usually buku aku ada tulis nama aku..

Segala kerjasama anda amatlah saya hargai.. hihihi

Happyyy....

Harini aku dpt taw yati n zura bukak blog jugak..
BEST3!!! Kwn2 ku dh ramai bukak blog.. update2 slalu ye..:)
Pada yg xwat lg.. bley la ikut jejak kitaorng jer.. hehe
to yati: aku dh wat shoutbox utk hg.. upahnya mana???

byeeee!!!!!!!

Kerja Ohh Kerja...

Bila ckp psl kerja aku jadi stress, tension dan sewaktu dgnnya.. Dan bila ramai yg tanya, Hang x kerja lg ke?Bila dengar, terus mood aku hilang.. Sabarlah wahai nira..

Aku percaya yang rezeki aku belum tiba lg.. InsyaALLAH akan ada nanti..
YA ALLAH, Kau bukakanlah pintu rezeki untukku dan Kau permudahkan jalan dalam memperoleh pekerjaan... AMIN.

Bukan senang rupanya nk cari kerja.. Aku pernah dpt 2 email ckp aku not qualified for this position.. Sungguh la sedih ms tu. Position tu mmg aku minat.. Dua2 pasal power, satu design s/station (sbb dia nk experience, tp aku mintak jugak), satu lg xigt dah.

Last week, masa aku lalu kat area kilang, aku ada nampak job vacancies as engineer.. So ptg td, aku call company tu and dia srh aku hantar cv.. Bila aku search tenet kilang ni wat brg2 electronic. Camna ni?? (masih dok pk2 lg)

Wahai bos2 besar tolonglah tgk cv saya...:))

Hari Yang Malang...

Salam and greetings...

Hari yang malang!!! Nasib aku arini xbrapa baik.. ish3..
Td dlm kol 2pm, aku bawak keta ngan purse kt atas bumbung keta..WARGHHHH!!!

Dalam 10min driving baru aku sedar n igt.. Tp, dh xleh wat apa2 dah.. PURSE DAH XDAK...arghhh!!! aku dh mula panic..
Aku call jannah dlu, tp xangkt. Then, call pulak kak kila suruh tolong tgkkan kt area umh aku.. XDAK..

Aku dah mula pikir nk kena wat mcm2. report polis, atm card nk kena blockkan,ic, lesen, mcm2 lg.. byknya keja nk kena wat and memerlukan uwang!! Aduhhh!!! Aku terus balik umh sblm abis ambik duit ayam, suruh sume org tlng cari.. Pastu, aku p ambik duit ayam dgn xbwk lesen n ic.. Klo abg polis taw, mmg sah aku kn saman..haha. Nk dijadikan cerita mmg ada roadblock.. and aku xpakai safety belt..Aduhh!!! Terus aku pusing ikut jalan lain.. hihii.. Selamat aku.

Masa aku smpai umah, k.kila ckp ada org antaq purse aku.. Dia nampak gambaq pak dlm tu.. Tp, malangnya duit dh xdak.. Mmg xbyk duit dlm tu dlm rm40. Bagi aku yg jobless skrng, rm40 tu tersangatlah byk.. huhu. TERIMA KASIH KT ORG YG BAIK HATI HANYAR PURSE SAYA..

Moral of the story Jangan Careless..:))

Salam to all..


Arini rs2 nk tukar templete blog nie... Saya suka 3column templete... Tp, design skrng mmg cantikk sgt.. I love it!!! I tried to modify the coding but failed.. Ilmu programming xcukup lg kot.. haha.. Btw, still use this background smpai jumpa the nice one.. Nk pink or green colour.. Kalo sapa2 tau camne nk tukar coding bley la inform..hihi

Last tuesday, abg at (my causin) blanja makan kt tanjong dawai... Mkn ikan bakaq and other sedfood.. Best sgt2.. hihi. Dia punya sotong goreng tepung besa2 jer.. Remember me makan kt umbai, the best sotong goreng tepung.. (odi siap tapau lg).. Lepas mkn, mulalah sesi tangkap gambar.. Amy as a photographer.. Pandai jugak budak ni tangkap.. here some of the picture.. Ms mkn lupa plak nk tangkap.. ish.. ish.

Rina tny kt fb gambaq nie kt umbai ke? Tanjong dawai rina :)..


me.. cun x? haha (perasann)..



me wif ummu atiyyah...

my best causin!! k.kila xjoin..(gambaq nie be4 p)








Beginning...

Assalamualaikum and greetings to all...



I'm start blogging today (mcm xcaya jer).. hihi.. Don't knw what brings me to do all this things.. Just cuba2. If i'm happy,this blog akn terus hidup, klo x berkuburlah blog ni.. Still learning to create a nice blog coz I knw nothing about how to create a blog.. Tapi, rasa2 mcm xsusah kan?



This blog just to share what happened to me and around me everyday also my feelings.. A little bit tmpat luah perasaan la nie.. hehe. Saya tak harapkan org lain baca blog and till now, kewujudan blog nie rahsia lg to people around me.. Sorii, akan diberitahu nanti but not now.. ok, smpai sini dlu.. byee



May Allah bless us..

~ Medan Lepak ~


ShoutMix chat widget

~ My Music ~

~ About Me ~

My photo
A simple gurl that love novels.. Jobless and still looking for a suitable job.. If u wanna make friend with me, just add me through ym..

Labels

About this blog

~ Followers ~